BAHASA MELAYU


KATA ADJEKTIF
Kata Sifat juga dikenali sebagai Kata Adjektif. Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama. Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat. Contohnya; sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya. Kata adjektif dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:

Jenis Contoh Kata Adjektif
1.menerangkan sifat keadaan - Bijak, sakit, malas
2.menerangkan sifat warna - Merah, putih, hitam
3.menerangkan sifat ukuran - Nipis, tinggi, kecil
4.menerangkan sifat bentuk - Bulat, bujur, lonjong
5.menerangkan sifat jarak - Jauh, dekat, hampir
6.menerangkan sifat waktu - Lewat, baru, lama
7.menerangkan sifat perasaan - Marah, sayang, rindu
8.menerangkan sifat cara - Pantas, deras, lambat
9.menerangkan sifat pencaindera - Masim, harum, kelat

Kesalahan penggunaan Kata Adjektif:

1. Ini kereta baru ayah saya. (salah)
Ini kereta baharu ayah saya. (betul)

2. Air sungai itu mengalir dengan cepat. (salah)
Air sungai itu mengalir dengan deras. (betul)

3. Zurina dan Mazlin kurang berbual-bual walaupun tinggal
serumah. (salah)
Zurina dan Mazlin jarang berbual-bual walaupun tinggal
serumah. (betul)

4. Malam ini sungguh diam kerana tiada kenderaan lalu-lalang.
(salah)
Malam ini sungguh hening kerana tidak kenderaan yang
lalu-lalang. (betul)

5. Kenderaan bergerak lambat semasa melalui kawasan
kesesakan. (salah)
Kenderaan bergerak perlahan semasa melalui kawasan
kesesakan. (betul)

Namun, sesetengah kata adjektif tidak nyata yang bersifat emotif (perasaan) dapat diperluas dengan menambahkan frasa nama selepas kata adjektif berkenaan. Sekiranya hal ini berlaku, kata adjektif berkenaan perlu menerima kata sendi nama. Kata adjektif berkenaan tidak boleh menerima akhiran ‘kan’ untuk menggantikan kata sendi nama ‘akan’. Kata adjektif
berkenaan juga tidak boleh diikuti terus oleh kata nama tanpa kata sendi nama.

Contoh Kesalahan:
1. Saya sayangkan negara ini.
2. Mereka sukakan makanan yang tidak mengandungi lemak.
3. Saya percaya Ahmad akan datang sebentar lagi.

Ayat Sepatutnya:
1. Saya sayang akan negara ini.
2. Mereka suka akan makanan yang tidak mengandungi lemak.
3. Saya percaya bahawa Ahmad akan datang sebentar lagi.

Apabila kata adjektif berawalan ter- digunakan sebagai penerang, kata penguat tidak diperlukan.

Contoh:
Nani mendapat markah yang terbaik sekali di dalam kelas.( salah )
Nani mendapat markah yang tertinggi di dalam kelas. ( betul )

Noralah pemain yang paling terhandal.( salah )
Noralah pemain yang terhandal.( betul )

Itulah gunung yang tertinggi sekali di dunia. ( salah )
Itulah gunung yang tertinggi di dunia. ( betul )

Wednesday, 14 December 2011

KARANGAN BERBENTUK PERIBAHASA

Di Mana Ada Kemahuan, di Situ Ada Jalan
                 Maksud peribahasa "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan" bermaksud sekiranya ingin berjaya, hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh.
             Semua anak Pak Seman berkumpul di rumah ayah mereka kerana ayah mereka disahkan oleh doktor telah lumpuh dari paras pinggang hingga ke kaki. Semua anak Pak Seman kecuali Talib telah berputus asa untuk merawat penyakit ayah mereka. 
              Talib amat sayang akan ayahnya. Dia berazam untuk memastikan ayahnya sembuh daripada lumpuh. Perbuatan Talib ingin meneruskan usaha mengubati penyakit ayahnya dibantah keras oleh adik-beradiknya kerana dianggap membazirkan wang.
               Pada suatu hari, setelah adik-beradik Talib pulang ke bandar, Talib membawa ayahnya berubat cara tradisional. Walaupun perbuatan Talib itu dibantah oleh ayahnya sendiri, Talib tetap yakin bahawa ayahnya pasti akan sembuh.
            Setelah melakukan urutan berulang-ulang kali dan menimbuskan pasir laut pada separuh tubuh ayahnya, akhirnya usaha Talib menunjukkan hasil. Ayahnya sudah mula boleh berjalan dengan menggunakan tongkat. 
           Adik-adiknya Talib terkejut dengan perubatan yang berlaku terhadap ayah mereka. Mereka memohon maaf atas sikap kurang yakin mereka terhadap usaha Talib. Perubatan Taalib bak kata pepatah,"Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan".