BAHASA MELAYU


KATA ADJEKTIF
Kata Sifat juga dikenali sebagai Kata Adjektif. Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama. Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat. Contohnya; sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya. Kata adjektif dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:

Jenis Contoh Kata Adjektif
1.menerangkan sifat keadaan - Bijak, sakit, malas
2.menerangkan sifat warna - Merah, putih, hitam
3.menerangkan sifat ukuran - Nipis, tinggi, kecil
4.menerangkan sifat bentuk - Bulat, bujur, lonjong
5.menerangkan sifat jarak - Jauh, dekat, hampir
6.menerangkan sifat waktu - Lewat, baru, lama
7.menerangkan sifat perasaan - Marah, sayang, rindu
8.menerangkan sifat cara - Pantas, deras, lambat
9.menerangkan sifat pencaindera - Masim, harum, kelat

Kesalahan penggunaan Kata Adjektif:

1. Ini kereta baru ayah saya. (salah)
Ini kereta baharu ayah saya. (betul)

2. Air sungai itu mengalir dengan cepat. (salah)
Air sungai itu mengalir dengan deras. (betul)

3. Zurina dan Mazlin kurang berbual-bual walaupun tinggal
serumah. (salah)
Zurina dan Mazlin jarang berbual-bual walaupun tinggal
serumah. (betul)

4. Malam ini sungguh diam kerana tiada kenderaan lalu-lalang.
(salah)
Malam ini sungguh hening kerana tidak kenderaan yang
lalu-lalang. (betul)

5. Kenderaan bergerak lambat semasa melalui kawasan
kesesakan. (salah)
Kenderaan bergerak perlahan semasa melalui kawasan
kesesakan. (betul)

Namun, sesetengah kata adjektif tidak nyata yang bersifat emotif (perasaan) dapat diperluas dengan menambahkan frasa nama selepas kata adjektif berkenaan. Sekiranya hal ini berlaku, kata adjektif berkenaan perlu menerima kata sendi nama. Kata adjektif berkenaan tidak boleh menerima akhiran ‘kan’ untuk menggantikan kata sendi nama ‘akan’. Kata adjektif
berkenaan juga tidak boleh diikuti terus oleh kata nama tanpa kata sendi nama.

Contoh Kesalahan:
1. Saya sayangkan negara ini.
2. Mereka sukakan makanan yang tidak mengandungi lemak.
3. Saya percaya Ahmad akan datang sebentar lagi.

Ayat Sepatutnya:
1. Saya sayang akan negara ini.
2. Mereka suka akan makanan yang tidak mengandungi lemak.
3. Saya percaya bahawa Ahmad akan datang sebentar lagi.

Apabila kata adjektif berawalan ter- digunakan sebagai penerang, kata penguat tidak diperlukan.

Contoh:
Nani mendapat markah yang terbaik sekali di dalam kelas.( salah )
Nani mendapat markah yang tertinggi di dalam kelas. ( betul )

Noralah pemain yang paling terhandal.( salah )
Noralah pemain yang terhandal.( betul )

Itulah gunung yang tertinggi sekali di dunia. ( salah )
Itulah gunung yang tertinggi di dunia. ( betul )

Sunday 13 November 2011

PERTANDINGAN PANCARAGAM SJKC CHOONG WEN

No comments:

Post a Comment